#SENSASI ~ Pakar ekonomi anggap BR1M kejayaan Najib

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dianggap satu daripada kejayaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, oleh Dr Jomo Kwame Sundaram.

Kenyataan pakar ekonomi dihormati ramai itu dibuat ketika BR1M dianggap sesetengah pihak sebagai pemberian "rasuah politik" dan sekadar langkah sementara untuk menangani bebanan rakyat.

"Saya rasa (BR1M) adalah satu daripada kejayaan kerajaan sekarang, tetapi hakikatnya ia adalah hasil daripada kempen berdekad-dekad oleh kesatuan sekerja dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta parti pembangkang untuk meningkatkan taraf sosial masyarakat," katanya di forum Integrasi Dengan Integriti di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas timbalan setiausaha agung PBB itu bagaimanapun berkata, kenyataan berkenaan tidak bermaksud pengagihan BR1M terlepas daripada sebarang masalah.

Kata Jomo, beliau sangat bersetuju cara BR1M dan bantuan lain diuruskan ketika ini pasa dasarnya digunakan untuk "merasuah" seseorang namun kenyataan yang dibuat itu melihat kepada aspek lain.

"Negara kita cukup kaya dan sepatutnya tidak ada sesiapa hidup di bawah paras kemiskinan, tidak sepatutnya ada sesiapa yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik," katanya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa kerajaan menggunakan BR1M sebagai rasuah bagi mendapatkan sokongan pengundi.

Bagaimanapun semasa pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi, beliau membayangkan pihaknya terbuka mengekalkan BR1M jika pembangkang menawan Putrajaya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU berkata, skim berkenaan dikekalkan jika dasar itu didapati perlu.

Bagaimanapun sebarang cubaan menggunakan bantuan berkenaan untuk memancing undi, katanya, tidak akan dibenarkan.

"Jika BR1M didapati penting, maka wang itu akan diagihkan oleh pegawai kerajaan.


"BR1M tidak bolah dimasukkan sebagai manifesto oleh mana-mana parti," katanya.

Orang ramai yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM3,000 dijangka menerima bantuan bernilai RM1,200 pada tahun ini.[MalaysiaKini]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: