#SPEKULASI ~ Syria nafi Presiden Bashar Al-Assad sedang tenat menanti maut

Bashar al-Assad

LONDON - UNITED KINGDOM. Kerajaan Syria menafikan khabar angin yang mengatakan presiden, Bashar al-Assad sedang tenat atau sakit, sebaliknya ‘masih menjalankan tugas seperti biasa’, lapor Reuters.

Memetik laporan Astro Awani, spekulasi tersebut tersebar sejak beberapa hari lalu di media sosial dan beberapa laman web berita Arab turut menyatakan bahawa Bashar, 51, dalam keadaan kritikal, termasuk mendapat serangan strok, atau juga ditembak.

"Pihak kami menafikan semua laporan tersebut. Kesihatan President Bashar dalam keadaan sangat baik. Laporan itu berlaku seiring kemungkinan yang berubah dalam bidang dan secara politik,” ujar kenyataan dari pejabatnya pada Jumaat lalu.

Saluran berita Ikhbariya pada Isnin menyatakan Bashar telah berhubung melalui telefon dengan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, iaitu laporan pertama dari media kerajaan yang menyiarkan aktiviti Bashar sejak khabar angin itu tersebar.

Sekutu Bashar, Rusia dan penyokong kumpulan penentang, Turki, telah mengadakan rundingan antara kerajaan dan pembangkang Kazakhstan minggu lalu. Mereka kembali mengukuhkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak selain perancangan rundingan damai di Geneva.

Bashar sebelum ini menyatakan bahawa beliau sedia intuk berunding tentang ‘segalanya’, termasuk kedudukannya dalam perlembagaan Syria. Pihak yang menentangnya, selama hampir enam tahun, kekal mendesak agar Bashar berundur dari tampuk kuasa dalam sebarang perjanjian perdamaian.

Menjengah tahun ke-17 kepresidenan, Bashar bagaimanapun masih berkuasa dalam peperangan di Syria, apatah lagi dengan sokongan sekutu seperti Rusia dan Iran.

Tentera Syrian dan angkatan bersekutu telah kembali menawan kawasan Wadi Barada berdekatan Damsyik pada Ahad.

Wadi Barada kembali berada dalam kuasa Bashar setelah berminggu-minggu kumpulan penentang ‘dibersihkan’ dari timur Aleppo, yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.

Banyak lagi kawasan di Syria masih di luar kawalan kerajaan Bashar, termasuk wilayah timur yang dalam penguasaan Daish seperti di Deir al-Zor, wilayah utara yang dikuasai kumpulan Kurd, dan beberapa lagi kawasan di barat.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: