#TOKOH USAHAWAN ~ Sofia usahawan berjiwa besar

IMEJ bersahaja tetapi bijak berinteraksi. Memiliki senyuman manis, wanita ini memilih imej muslimah.

Percaya kepada usaha tangga kejayaan, Sofia Sarlinie, 31, seorang yang berjiwa besar dan berani berdepan cabaran untuk bersaing dengan kaum lain dalam perniagaan.

Imej muslimah tidak menghalangnya menggalas tanggungjawab dan cabaran sama seperti wanita-wanita lain asalkan kena dengan landasan syariah.

Di sebalik kelembutan Sofia berbicara, siapa sangka wanita ini menerajui sebuah syarikat besar.

“Saya mengambil keputusan untuk bekerja selepas tamat persekolahan kerana ingin membantu ibu dan ayah. Kebetulan saya memang minat berniaga.

“Sebelum itu, saya mencuba pelbagai kerja dan perniagaan sehinggalah tiga tahun lalu, saya memberanikan diri membuka syarikat, Sufee Snow Sdn. Bhd.,” katanya yang sering membuat pelbagai rujukan untuk menghasilkan produk kecantikan dalaman dan luaran.

Berkongsi tip sihat, dia mengamalkan pengambilan suplemen.

Baginya, wanita bukan sahaja perlu mengutamakan penjagaan kesihatan luaran tetapi dalaman.

Sebagai wanita, Sofia juga amat meminati fesyen khususnya tentang solekan dan busana.

“Saya minat membeli-belah khususnya baju-baju terkini. Pendek kata, saya amat menitik beratkan tentang penampilan dan kecantikan.
“Saya juga gemar membaca dan memasak,” jelasnya.

Berkongsi rahsia tentang resipi penjagaan kecantikan, Sofia mengamalkan rutin penjagaan wajah yang ringkas termasuk membasuh muka sebelum tidur sejak awal remaja lagi.

Selain itu, Sofia utamakan makan sayur-sayuran dan kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi.[Utusan Online]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: