#Biadap! Wanita Ini Koyak, Bakar, Kencing Atas Al-Quran

SEORANG wanita di Slovakia nampaknya cuba menyalakan provokasi terhadap umat Islam apabila merakam dirinya kencing di atas helaian Al-Quran sebelum membakarnya.

Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, wanita yang tidak diketahui identitinya, dilihat melakukan aksi jijik itu di hadapan bendera kebangsaan Slovakia di sebuah hutan.

Dia dilihat mengoyakkan kitab Al-Quran helaian demi helaian sebelum bertindak melondehkan seluar lalu kencing di atasnya dan kemudian membakarnya menggunakan petrol.


Malah dia juga menggelarkan orang Islam di negara itu sebagai ‘parasit’.

“Saya akan memburu anda semua seorang demi seorang. Tak kira sama ada wanita, kanak-kanak atau lelaki. Saya akan tentang sesiapa yang cuba menghalang saya.

“Saya tidak peduli dengan aduan jenayah. Itu tidak akan menghalang saya. Ini pesanan saya untuk semua orang termasuk polis, tiada siapa boleh menghalang saya,” ugutnya.

Pihak polis tempatan mengesahkan ada menerima aduan berkaitan video yang tersebar itu dan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

Walau bagaimanapun, satu laporan dikeluarkan mengatakan suspek wanita itu telah melarikan diri ke Finland.

Pakar undang-undang jenayah negara itu, Lucia Kurilovska menyifatkan video itu sebagai melampau dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: