#BOLASEPAK ~ Kedah Terus Gah Dipersada Liga Super Malaysia

PENDAHULU Liga Super 2017, Kedah dikerah keringat oleh negeri jirannya, Pulau Pinang sebelum menang 3-1 pada perlawanan keenam di Stadium Darul Aman malam tadi.

Penguasaan awal tuan rumah gagal apabila dinafikan oleh barisan pertahanan tuan rumah yang bijak membaca pergerakan Kedah.

Mohd Faiz Subri terlebih dahulu meletakkan Pulau Pinang di hadapan hasil lorongan Mohd Faizat Mohd Ghazali pada minit ke-18.


Bagaimanapun Fitri Omar berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dua minit kemudian dalam satu serangan pantas yang digerakkan Hijau Kuning.

Gol yang diburu oleh lebih 25,000 penyokong Kedah hadir menerusi pemain gantian, Syafiq Ahmad pada minit ke-74 selepas menyambut hantaran cantik sepakan percuma Baddrol Bakhtiar.

Jaringan tersebut nyata merangsang semangat Hijau Kuning dan berhasil menerusi Liridon Krasniqi pada minit ke-85 meletakkan Kedah 3-1 di hadapan hasil hantaran juga dari Baddrol.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: