#GEMPAR ~ Bandung Diserang Pengganas

BANDUNG: Dua pengganas termasuk seorang wanita meledakkan bom buatan sendiri di kawasan berhampiran sebuah sekolah di sini, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian letupan itu.

Seorang daripada pengganas yang juga wanita kemudiannya berlari ke arah pejabat kerajaan berhampiran sebelum dikepung pasukan keselamatan.

Jurucakap Polis Jawa Barat, Yusri Yunus berkata, pihaknya kini sedang mengawal situasi di pejabat kerajaan terbabit.

"Kami terima maklumat orang ramai mengenai adanya letupan bom di bangunan ini," katanya.

Sebaik tiba, polis melihat seorang lelaki yang dipercayai pengganas telah melemparkan bahan letupan kecil ke arah polis.

Lelaki berkenaan ditembak pasukan polis dan suspek kini dalam keadaan kritikal di hospital di sini.

Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu masih berterusan hingga tengah hari.


Pengganas wanita masih berada di bangunan kerajaan berkenaan dan berbalas tembakan dengan pasukan polis yang mengepung lokasi itu.

Siasatan mendapati, tiada tebusan dalam kejadian itu dan pekerja di pejabat kerajaan itu telah bergegas lari menyelamatkan diri.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: