#GEMPAR ~ Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai ‘Bocor’ Kepala

GANAS betul budak sekolah sekarang terutamanya pelajar perempuan apabila baru-baru kecoh di media sosial mengenai kes buli di sebuah sekolah di Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Tuan Zarey Mikael menjelaskan mangsa yang berusia 13 tahun dipukul sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 3 dari sekolah yang sama, semalam.

Menurutnya, anak kepada rakannya itu dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2.

Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya di pijak oleh pelajar yang dikenali sebagai Mira sehingga tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami luka sepanjang dua inci di bahagian kepala namun tidak kecederaan dalaman dilaporkan.

Bapa mangsa menerusi Facebooknya, Shuk DeBitz turut memuat naik gambar anak perempuannya dalam keadaan berlumuran darah dan kepala berbalut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Menerusi perkongsian Shuk, dia turut memuat naik gambar seorang remaja perempuan yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli anaknya.

Satu laporan polis dibuat bagi menyiasat kejadian tersebut namun sehingga kini motif insiden tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Susulan kejadian itu, Zarey menerusi statusnya menjelaskan, bapa mangsa pergi ke sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan penjelasan daripada pihak sekolah pagi tadi.

Netizen mengkritik kejadian tersebut yang menganggap pelajar yang melakukannya seolah-olah mahu menjadi samseng di usia muda.

Mereka mahukan tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dan dapat memberi pengajaran kepada pelajar lain.

“Ambik tindakan sewajarnya, harap keluarga ini tabah, ini semua ujian,” tulis Izzjue Sitijuhaidah Ismail

Ada netizen yang mahukan pelajar yang terbabit di hantar ke sekolah pemulihan bagi mengajar mereka mengenai kehidupan dan hormat menghormati.

“Masukkan ke sekolah budak-budak jahat…baru dia rasa…tu budak camtu kadang kat rumah wat perangai baik..kat sekolah tunjuk samseng,” Aniz Yusuf.

Bagaimanapun, tiada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: