#JENAYAH ~ Nepal Pun Dah Jadi Gengster Di Malaysia…

BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki warga Nepal yang disyaki terbabit dalam jenayah pemerasan dan samun di kawasan Bukit Mertajam, ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang hari ini, lapor Harian Metro.

Suspek dipercayai sebahagian daripada warganegara asing yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Penang Young Star Gang’ dan mendakwa ‘gengster besar’

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, hasil siasatan pihaknya lebih daripada 10 individu warganegara Nepal menganggotai kumpulan berkenaan.

“Mereka dikesan sering memeras ugut rakan senegara mereka serta terbabit dalam jenayah samun,” katanya.

Beliau berkata, saki baki kumpulan samseng ini masih lagi diburu dan memberi amaran mereka tidak akan terlepas.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil bagi memastikan aktiviti kumpulan seperti ini dapat dikekang. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: