#KEMUSYKILAN ~ JAMAL PERSENDA AYAT2 SUCI AL-QURAN?

Sehari selepas Noh Omar mengumumkan UMNO Selangor menolak hasrat Jamal Md Yunus untuk meletakkan jawatan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu "buat gila" lagi di Pejabat SUK di Shah Alam.

Ini adalah kali ketiga beliau berbuat demikian. Kali pertama sebelum ini dengan bertuala sambil berus gigi terselit di telinga dan kali kedua pula bersama katil dan tukang urut.

Untuk kali ketiga ini, Jamal datang menyerbu pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor itu dengan membawa 15 van jenazah dan mengusung keranda dengan gaya seorang penggali kubur pula.

Walaupun Jamal bertujuan membuat gimik untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin Ali, tetapi beliau jelas semakin tersasar jauh kerana keghairahan yang melampau untuk mengaut laba politik.

Dengan membawa keranda kosong yang diatasnya diletakkan kain bertulis ayat-ayat suci Al-Quran, Jamal secara jelas telah menghina agamanya sendiri melalui perbuatannya kali ini.

Apakah keranda kosong yang tiada jenazah dan semata-mata untuk tujuan politik, masih perlu diletakkan ayat-ayat Al-Quran di atasnya?

Tidakkah perbuatan Jamal sesuatu yang tidak wajar serta keterlaluan?

ARTIKEL BERKAITAN : #SENSASI ~ 'Rombongan' van jenazah DS Jamal bertukar kecoh


Selain itu, perbuatan Jamal membawa keranda juga menunjukkan beliau tidak sensitif dengan keadaan ibu Azmin yang senang tenat dan dirawat di hospital di Shah Alam ketika ini.

Semua orang tahu keadaan ibu Azmin itu, malah majlis bacaan doa dan solat hajat memohon kesihatan juga sudah beberapa kali diadakan dan ia hampir dalam pengetahuan semua orang.

Ketika Azmin dan keluarganya sedang bertarung dengan dugaan berat dan kesedihan, adakah perbuatan yang beretika membawa keranda ke Pejabat SUK semata-mata untuk menyerang kepimpinan beliau?

Di manakah akal dan otak sihat Jamal dalam berpolitik?

Di waktu yang sama, sebagaimana tular di laman sosial, akibat perbuatan Jamal menyewa 15 van jenazah untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkannya itu, ia telah menyebabkan terdapat sebuah keluarga yang ditimpa kematian menghadapi kesukaran dari segi pengangkutan.
Sekali lagi, apakah Jamal tidak berfikir panjang dari segi kemungkinan menyusahkan masyarakat lain sebelum memutuskan untuk menyewa 15 van jenazah menyertai demontrasi yang tidak berfaedah itu?

Kelakuan Jamal ini bukan saja salah beliau, tetapi juga salah Noh Omar yang merupakan rakan baiknya yang tidak menerima perletakan jawatannya.

Jika dua hari lalu Noh Omar memutuskan menerima perletakan Jamal, sudah pasti kejadian di Pejabat SUK Selangor semalam tidak berlaku.

Kini, UMNO Selangor mungkin terpaksa menanggung beban yang tidak boleh diperbaiki lagi akibat perbuatan Jamal itu.

Jika kita masih ingat, sebelum PRU 2008, Khir Toyo telah menghadiahkan penyapu kepada seorang Yang Dipertua PBT sehingga ia kemudiannya mengakibatkan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya tersebut.

Apakah tidak mungkin dengan Jamal membawa van jenazah dan keranda yang bertulis ayat-ayat Al-Quran yang bukan saja menghina agama serta menimbulkan kesusahan kepada orang lain, ia adalah tanda-tanda UMNO bakal menemui kematian dan sedang menuju tanah perkuburan? [Shahbudin Dot Com]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: