#MAHKAMAH ~ Janda tumbuk bekas suami didenda

MELAKA TENGAH - Seorang pembantu tadbir didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menumbuk muka bekas suami, tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap tertuduh, Raihana Anuar, 30, selepas menukar pengakuan kepada bersalah pada hari sebutan semula kes.

Berdasarkan pertuduhan, Raihana didapati sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menumbuk muka bekas suaminya Mohamad Hatta Mohamad, 33, di sebuah rumah di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai kira-kira jam 8 malam pada 16 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit bersalah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azri Zakaria sementara tertuduh diwakili peguam Faiezad Razali.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: