#PALSU ~ Ustaz Haslin @ Bollywood terkilan viral palsu pantas mengatakan kematiannya

Gambar Ustaz Haslin ketika sedang dirawat disebuah hospital swasta

Kuala Lumpur: “Apa tujuan buat begini. Kalau hanya nak seronok, tak payah buat macam ini. Hubungi saya terus kalau ada yang tidak berpuas hati.”

Demikian kata penceramah bebas Ustaz Haslin Baharim, 48, yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood selepas mesej mengenai kematiannya tular di media sosial.

Beliau berkata, kejadian itu adalah kali ketiga berlaku dan lebih terkesan kerana tersebar dengan pantas dan dia perlu menjawab panggilan telefon yang bertanyakan keadaannya hampir tiga jam hari ini.

"Saya tidak berdendam dan berharap yang mencetuskan mesej mengenai kematian saya ini agar dia menerima taufik dan hidayah.

"Tidak mengapa, saya maafkan. Saya anggap ini ujian daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT panjangkan umur saya," katanya yang enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.

Ustaz Haslin ketika ini berehat di rumahnya di Kuala Selangor selepas keluar daripada hospital pada 31 Januari lalu.

Beliau dirawat selama 92 hari di Hospital Sungai Buloh dan sebuah hospital swasta sejak 1 November lalu kerana mengalami jangkitan kuman pada bekas pembedahan masalah tergelincir tulang belakang (slipped disc) yang dilakukan pada 21 Oktober.

"Insya-Allah pada 3 Mac ini, saya akan bergiat semula dengan aktiviti ceramah iaitu bermula dengan program al-Raudah Malaysia di Kampar, Perak," katanya.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: