#PELIK TAPI BENAR ~ Dr Amir Dikenali Sebagai Doktor ‘Vagina’

DR. Amir Marashi terkenal di kalangan wanita hinggakan beliau digelar sebagai ‘pembisik vagina’. Gelaran berkenaan diberikan kepadanya kerana tugas Dr. Amir setiap hari adalah ‘membentuk’ vagina yang ‘sempurna’.

Berpengkalan di New York, Dr. Amir mengkhusus dalam vaginoplasty iaitu pembedahan di bahagian `bawah’ wanita dan beliau menjalankan kira-kira 80 ke 100 prosedur setiap tahun.

Vaginoplasty adalah prosedur pembedahan bagi pembinaan semula vagina.

Ada dua sebab kenapa wanita mendapatkan rawatan Dr. Amir iaitu bagi tujuan kosmetik terutama mereka yang tidak selese dangan saiz, bentuk atau warna vagina.

Satu lagi adalah mereka yang pelbagai fungsi dengan kebanyakannya adalah wanita yang berusia 35 tahun ke atas dan telah melahirkan seorang atau dua anak. Mereka ini mahu mengetatkan vagina untuk memberikan keyakinan di dalam bilik tidur.

“Bagi setiap orang, mereka mahu sesuatu yang berbeza. Tetapi apa yang penting ialah mereka mahu keyakinan diri,’’ katanya.

Dia mula dikenali selepas menjalankan kerja-kerja sukarela di Haiti selepas gempa bumi pada 2010. Ketika itu dia sedang merawat seorang wanita yang mengalami masalah vagina fistula tetapi terlalu malu untuk bercakap mengenainya.

Sejak rawatan berkenaan, Dr. Amir semakin dikenali dan sepanjang kariernya, dia telah menjalankan 400 pembedahan. – Mynewshub.cc

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: