#PENGAKUAN ~ Gadis Cantik Ini Kongsi Sejarah Hitam Menjadi Mangsa PER0G0L Bersiri Selva Kumar

Gadis Cantik Ini Kongsi Sejarah Hitam Menjadi Mangsa PER0G0L Bersiri Yang Buat Ramai TERKEDU !!! | 

Susan Chapelle Salah seorang dari seribu wanita dan kanak kanak yang telah menjadi mangsa perogol bersiri Selva Kumar Subbiah tidak dapat menahan kesal apabila mendapat tahu orang yang telah merogolnya dengan sangat kejam dibebaskan.


Chapelle adalah seorang penyelidik BC yang kini berusia 48 tahun, dirogol oleh Selva Kumar pada tahun 1989 dan itu merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.

Kata Chapelle lelaki berasal dari malaysia yang berusia 56 tahun itu menghendap dan mencari mangsa wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto.

Dia akan bertemu mereka dengan menyamar sebagai ejen syarikat pemodelan atau penjual haiwan peliharaan eksotik, katanya.

Kes jenayah $ek$ yang dilakukan Selva Kumar yang berasal dari Pulau Pinang berjaya dibongkar oleh penyiasat Brian Thomson (sudah bersara) selepas memasuki sebuah bilik rumah yang mengandungi puluhan gambar dan jurnal, penarafan buku mangsa, serta kuantiti besar ubat tidur Halcion.

Akhirnya Selva Kumar didapati bersalah pada bulan Disember 1992 dan Januari 1997 ,75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual pada kanak kanak.

Akan tetapi pada 29 Jan lalu, selepas menjalani hukuman lebih dari 24 tahun, selva kumar dihantar pulang ke negara asalnya Malaysia.

Susan Chapelle berkata seorang pengawal penjara yang dikenalinya memaklumkan kepadanya bahawa Selva Kumar masih berbahaya dan akan mengulangi kesalahan yang sama.

Menceritakan pengalaman hitamnya menjadi mangsa rogol selva kumar, Chapelle berkata ianya bermula apabila dia terbaca sebuah iklan untuk model karya pada tahun 1989 ketika itu usianya 20 tahun.

Katanya selva kumar memilihnya dari ratusan wanita yang menghubunginya hingga satu pertemuan di atur.

Chapelle kemudian dibawa kesebuah rumah sekitar 4 km dari jarak rumahnya di kejiranan Pantai Toronto.

Dalam pertemuan itu Chapelle diberikan segelas wain pada jam 5 petang.

“Saya tidak ingat apa apa, saya bangun jam 11 pagi, dan mendapati skirt saya berada dibelakang dan merasakan sakit yang sangat dahsyat diseluruh tubuh”

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya menganggap ia satu kejadian yang sangat mengerikan, saya pergi kerumah orang yang tidak saya kenali dan meminum segelas wain itu adalah alasan mengapa saya tidak mengadukan kejadian kepada polis”

‘‘Saya adalah salah satu dari beratus wanita yang menjadi mangsa, sebahagian besar dari kami telah menahan diri untuk bercakap dan melaporkan kejadian tentang pengalaman ngeri itu kerana kami merasa bersalah malah bertahun tahun selepas semuanya terungkap”

Selain itu terdapat juga stigma sosial yang berterusan dari rakan, ahli keluarga mungkin akan menyalahkan mereka kerana memberi peluang untuk di serang.

“Itu adalah salah satu sebab utama saya tidak dapat bercakap pengalaman menjadi mangsa rogol extrime. saya tahu saya akan dipersoalkan, saya pergi keluar dengan orang asing dalam kereta, ketika itu saya tidak bersedia meletakkan diri saya dihadapan pendakwa dan saya benar benar takut jika di soal siasat” katanya.

Chapelle juga pernah ingin memadam memori pengalaman hitam dengan cara membunuh diri, namun niatnya itu segera dipadamkan, Beliau kemudian memutuskan untuk berunding dengan seorang kaunseling dan menyarankannya untuk bercakap dengan Polis.

Pada masa yang sama, pihak penyiasat polis dan media tidak mengambil berat tentang kes Chapelle dan Selva kumar karena dia bukan berita yang besar ketika itu.

Pembunuh bersiri Paul Bernardo ketika itu menjadi tajuk utama di setiap berita dan surat kabar pada masa itu.

“Saya boleh mengatakan ketika itu saya benar-benar berharap seseorang membantu saya dan meletakkan perkara yang salah di tempatnya” kata Chapelle.

Bagaimanapun penyiasat bersara Thomson telah menghubungi Chapelle menjelang pembebasan Selva kumar subbiah dan meminta maaf kerana mengabaikan pengalaman Chapelle ketika itu.

Thomson juga tahu bahawa peristiwa hitam menjadi mangsa selva kumar sukar untuk dilupakan, oleh itu thomson berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsanya selama ini agar datang kebalai polis untuk diberi nasihat.

Selain itu Thomson berkata bahawa selva kumar adalah penjayah seksual yang sangat genius, ia akan meletakkan sedikit kesalahan sendiri untuk difikirkan mangsa agar tidak mengadukannya kepada polis” katanya.

Ditanya sama ada selva kumar akan berjalan bebas di Malaysia, beliau menjawab lelaki berusia 56 tahun itu sudah menjalani hukuman di Kanada,” perkara selanjutnya adalah di bawah bidang kuasa pihak Malaysia.”

Bagi pihak Chapelle berkata, dia masih dihantui oleh pemikiran bagaimana untuk dia melakukan sesuatu bagi mengelakkan gadis-gadis daripada menjadi mangsa selva kumar.

Beliau yang berkongsi cerita di laman media sosial mengaku telah menerima berpuluh puluh pengakuan wanita yang telah menjadi mangsa selva kumar yang selama ini memilih untuk mendiamkan diri.

“Saya tahu kebanyakan wanita berusia 20 tahun akan sangat tertarik menjadi terkenal, dipuji ramai, ingin terlihat lain dari pada yang lain, hal inilah yang menjadi senjata selva kumar”, kisahnya.

Bagaimanapun Selva kumar yang sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, telah di beri amaran oleh kerajaan sabah yang enggan menerima tetamu tidak di undang itu.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman berkata, Selva tidak dibenarkan memasuki Sabah kerana dia dianggap sebagai individu berisiko tinggi dan berpotensi menimbulkan bahaya kepada orang ramai, terutama wanita dan kanak-kanak.

Kita tidak boleh mengambil risiko dan melindungi rakyat negeri ini. Arahan ini dikuatkuasakan serta-merta kepada Jabatan Imigresen Sabah, ” katanya dalam kenyataan semalam. Sumber:-belogfadah sempoi


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: