#PENJELASAN ~ 'Saya jemput Husam dengar bukan beri ceramah' - Timb Ketua Pemuda PAS

KOTA BHARU – “Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azariza Alawi menjelaskan mengenai pelawaannya kepada Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa untuk hadir ceramah di sini malam semalam.

Menurutnya, beliau kesal apabila banyak pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi kepada bekas Naib Presiden Pas itu untuk memberi ceramah bersama-sama pemimpin Pas yang lain.

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.

“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.

[ARTIKEL BERKAITAN: #KECOH ~ Husam Musa dari Amanah 'serang' ceramah Pas]

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah tersebut dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.

“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: