#PROTES ~ Facebook Perdana Menteri 'diserang' komen #20 sen

Laman Fecebook Najib dihujani komen #20 sen.

Susulan kenaikan harga minyak yang diumumkan tengah malam kelmarin, laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani komen #20 sen oleh ramai netizen.

Tinjauan Sinar Harian di laman Facebook rasmi Najib Razak mendapati netizen menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan itu, dengan meninggalkan komen #20 sen pada setiap kemas kini status terkini di laman berkenaan.

Sebelum pengumuman kenaikan harga petrol tersebut dibuat, ada pihak menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial sehingga menyebabkannya menjadi tular dalam kalangan netizen.

Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kemudian mengesahkan maklumat ia palsu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: