#SENSASI ~ Siap sedia, minyak mungkin naik lagi - Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli memberi amaran kepada seluruh rakyat untuk bersiap sedia dengan kenaikan harga minyak pada beberapa bulan akan datang.

Menurut Mohd Rafizi, harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat, di mana RON95 boleh mencapai sehingga RM2.70 seliter pada Jun.

Rafizi mengulas, keadaan itu boleh berlaku sekiranya kerajaan masih gagal memperkenalkan kaedah harga siling atau mengembalikan subsidi.

"Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal.

"Harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi dalam beberapa bulan akan datang. Malah, harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga petrol dan diesel kini berada pada paras tertinggi sejak Januari 2016 ekoran kenaikan terbaru sebanyak 20 sen mulai 1 Februari lalu.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.60 seliter. Diesel pula berada pada harga RM2.15 seliter.

"Jika harga minyak mentah terus meningkat seperti yang diunjurkan dan kadar tukaran ringgit terus rendah, saya bersimpati dengan rakyat Malaysia yang berkemungkinan besar terpaksa membayar RM2.70 seliter bagi RON95 menjelang Jun 2017," katanya lagi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: