#SIASAT ~ DS Jamal Ditahan Polis Dirumahnya

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos telah ditahan polis kerana didakwa menceroboh dan mencuri di sebuah pusat hiburan.

Penangkapan itu dilakukan di rumahnya di Ampang dekat sini pada Khamis, tiga jam selepas anggota polis mengepung kediamannya.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, keluar dari perkarangan rumahnya kira-kira pukul 3 petang dengan menunggang motosikal.

"Semuanya baik," katanya.

Beliau kemudiannya dilihat masuk ke dalam sebuah kereta polis dan dibawa ke balai polis Ampang.

ARTIKEL BERKAITAN:#GEMPAR ~ Rumah saya dikepung, ada dua buah kereta polis: DS Jamal


Seorang pegawai polis yang enggan namanya didedahkan tidak mahu mengesahkan punca penangkapan tersebut tetapi memaklumkan laporan menyeluruh akan disediakan.

Terdahulu, Jamal dijadualkan mengadakan sidang media di luar perkarangan ibu pejabat polis kontinjen Ampang pada pukul 3 petang.

Media yang dijemput Jamal menyatakan 12 rakannya telah ditahan berikutan aduan orang awam mengenai operasi perjudian haram di Ampang Jaya.[mStar]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: