#SUKARELA ~ Annuar Musa hadir di pejabat SPRM untuk beri keterangan

Annuar tiba tepat jam 9 pagi tadi. - Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA - Tepat jam 9 pagi Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kerjasama disiasat suruhanjaya itu.

Annuar secara sukarela tampil ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior.

Seawal jam 7 pagi petugas media berkumpul di perkarangan bangunan untuk menunggu ketibaan Annuar

Beliau diarahkan cuti sementara sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, berkuatkuasa serta merta pada Selasa lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: