#KENAIKAN HARGA ~ KPDNKK Sahkan Harga Baru Gula Naik 11 Sen Sekilogram

PUTRAJAYA: Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram iaitu kenaikan 11 sen per kg, berkuat kuasa 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam satu kenyataan di sini, kementerian itu berkata harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain," kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg.

Kementerian itu berkata kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Oktober 2013.--Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: