#LIGA SUPER MALAYSIA ~ JDT Kekalkan Kekebalan Di Larkin Tewaskan Pahang

HAZWAN yang menjaringkan dua gol (empat dari kanan) diraikan oleh rakan sepasukan ketika membantu JDT menewaskan Pahang 3-2 dalam saingan Liga Super di Larkin malam tadi.

JUARA tiga kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus kebal di laman sendiri apabila menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos malam tadi.

Pada aksi itu, Matheus Alves membuka tirai jaringan buat skuad pelawat pada minit ke-14, tetapi Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu, Ahmad Hazwan Bakri menyamakan kedudukan selepas memanfaatkan sepakan penalti yang gagal disempurnakan kapten, Safiq Rahim pada minit ke-29.

Bekas penyerang Harimau Muda itu memastikan pasukan bimbingan Benjamin Mora berada dalam keadaan selesa apabila menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-35.

Safiq bagaimanapun tidak terlepas peluang melakarkan nama selaku penjaring menerusi rembatan rendah hasil hantaran daripada pemain pertahanan kanan JDT, S. Kunanlan pada minit ke-55.

Alves mengurangkan defisit jaringan apabila menghasilkan gol kedua pada minit ke-67 skuad Tok Gajah tetapi kebangkitan lewat pasukan bimbingan Dollah Salleh itu sudah terlambat apabila keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.[Kosmo]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: