#RENCANA ~ Awasi jerat perniagaan!

KEBELAKANGAN ini terdapat pelbagai bentuk perniagaan dan pelaburan yang ditawarkan bagi menambah atau menjana pendapatan sampingan berikutan peningkatan kos sara hidup negara yang semakin meningkat.

Ia juga membuka mata ramai orang untuk mula berkecimpung dalam perniagaan dan pelaburan berbanding dahulu.

Pun begitu, pengguna atau bakal pelabur perlu berhati-hati untuk memilih perniagaan yang sah di sisi undang-undang agar tidak ditipu.

Scam atau penipuan perniagaan dan pelaburan adalah antara yang telah sekian lama bertapak di dalam negara.

Walaupun pendedahan telah lama dilakukan agar pengguna tidak mudah terjerumus ke lembah penipuan itu namun masih banyak lagi pengguna yang masih terpedaya dengan jerat mereka.

Ini kerana semakin lama, semakin banyak taktik yang digunakan bagi mempengaruhi pengguna untuk menyertai perniagaan dan pelaburan yang ditawarkan termasuklah janji-janji bagi menjana pendapatan yang lumayan dengan mudah.

Satu sebab mengapa orang ramai terjerumus dalam scam adalah kerana kegagalan mengenal pasti sesuatu skim itu adalah penipuan.

Atau mungkin juga disebabkan oleh ceteknya ilmu kewangan dan pelaburan.

Ramai orang tidak tahu pelaburan mana yang bagus, yang biasa dan yang scam.

Tidak dinafikan juga ramai yang membuat pelaburan dalam perniagaan dan pelaburan scam kerana terpesona dengan ayat-ayat indah yang ditabur oleh pengusaha scam.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: