#SIDANG PARLIMEN ~ Wakil Rakyat ‘Tercenggang’ Lihat Aksi Spontan Agong

KUALA LUMPUR – “Kejap… minum air kejap,” titah Yang di-Pertuan Agong sambil tersenyum dan membuka botol air berkenaan dan terus minum dari botol tersebut.

Aksi comel Sultan Muhammad V, yang dikenali sebagai seorang raja yang merendah diri dan berjiwa rakyat nyata membuatkan anggota parlimen yang hadir ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 itu tersenyum dan tercengang seketika.



Seri Paduka Baginda ketika itu sedang bertitah mengingatkan rakyat agar menjaga kesihatan dan kepentingan pemakanan seimbang menghentikan sementara titah baginda dan menyatakan hasrat untuk minum.

Anggota parlimen dilihat tersenyum dan memandang sesama sendiri ketika kedengaran bunyi ‘aaaah…’ yang menunjukkan Sultan Muhammad V selesai membasahkan tekak.

Rakaman titah baginda dimuat naik di laman sosial dan mendapat pujian daripada netizen yang menganggap aksi Agong adalah tindakan spontan dan comel.

Netizen nyata berbangga mempunyai Agong yang berjiwa rakyat dan bersikap spontan ketika membuka botol air minuman sendiri pada perasmian pembukaan mesyuarat Parlimen, pagi ini. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: