#MINGGUAN ~ Harga minyak RON97, RON95, diesel naik lagi

Harga minyak petrol RON97, RON95 dan diesel akan naik lagi bermula tengah malam ini iaitu kenaikan sebanyak 8 sen untuk RON95 dan diesel, manakala RON97 naik 9 sen seliter.

Menurut laporan The Star Online, harga petrol RON95 akan menjadi RM2.24 seliter, dan RON97 bertambah kepada RM2.52 seliter.

Manakala harga diesel pula berubah kepada RM2.16 setiap liter.

Kenaikan kali ini adalah yang kedua berturut-turut sejak kerajaan memperkenalkan mekanisme harga minyak secara mingguan sejak 29 Mac lalu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: