#PELIK TAPI BENAR ~ Kedutaan AS panggil bayi berumur tiga bulan kerana disyaki pengganas

Kenyon-Cairns telah dipanggil ke Kedutaan AS di London.- Foto Steve Finn Photography

LONDON – ENGLAND. Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di London telah memanggil bayi berusia tiga bulan, Harvey Kenyon-Cairns untuk memastikan dia tidak terlibat dengan keganasan selepas datuknya tersalah mengisi borang pengecualian visa untuk cucunya.

Paul Kenyon memberitahu dia tersilap menjawab 'ya' terhadap soalan, 'Adakah anda pernah terlibat dalam aktiviti keganasan, pengintipan, sabotaj atau pembunuhan beramai-ramai?'

"Saya seakan tidak percaya mereka boleh melihat ia sebagai kesalahan sebenar walaupun ia melibatkan bayi yang tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa," katanya.

Akibat kesilapan tidak sengaja itu, percutian pertama bayi tersebut yang melibatkan penerbangan ke Orlando ditolak pihak berkuasa selain keluarganya terpaksa menanggung kos 3,000 pound (RM16,576), lapor BBC.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: