#PELIK TAPI BENAR ~ Tidak Tahu Rupanya Kahwin Kembar Sendiri

Gambar hiasan.

MISSISSIPPI - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri mengetahui mereka sebenarnya adalah pasangan kembar selepas menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.

Doktor memaklumkan kepada pasangan yang tidak didedahkan identiti itu bahawa mereka adalah kembar biologi selepas memiliki persamaan ketara dalam DNA mereka.

Adik-beradik itu terpisah sejak kecil lagi selepas ibu kandung mereka meninggal dunia dan diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak mengetahui antara satu sama lain.

Perkahwinan adik-beradik adalah diharamkan di Mississippi.

Sebaik doktor memberitahu pertalian yang wujud antara kedua pasangan itu, mereka cuba mengingat kembali sejarah hidup masing-masing, lapor Mississippi Herald.

Mereka menyedari bahawa kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mereka diserahkan kepada keluarga angkat yang berlainan, malah keluarga angkat tersebut tidak mengetahui mereka mempunyai adik-beradik yang lain.

Pasangan itu bertemu ketika majlis reunion kolej dan mempunyai keserasian, jatuh cinta sebelum berkahwin.

"Mereka tertarik antara satu sama lain kerana persamaan mereka. Mereka merasakan serasi antara satu sama lain.

"Sekiranya mereka tahu kebenaran, mungkin ia tidak akan berdepan situasi sebegini," kata doktor yang turut tidak didedahkan identiti.

"Bagi saya ini ini adalah kes yang sangat luar biasa kerana tugas saya adalah membantu pasangan mendapatkan anak. Ini adalah kes pertama sepanjang kerjaya saya , berdepan dengan situasi ini," katanya.

Akhbar itu melaporkan pasangan yang berkahwin sesama adik beradik di Mississippi adalah salah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda AS$500. (RM2,197)

Dipercayai, pasangan itu tidak akan berdepan tindakan ekoran tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: