#UNIK ~ Jom ke Pasar 10 sen Ahad ini!

PUCHONG – Pasar 10 sen yang menawarkan pelbagai barangan terpakai dengan harga 10 sen bakal dianjur di Pangsapuri Kos Rendah Taman Puchong Permai, Ahad ini.

Program dengan usahasama Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia dan penduduk setempat itu bermula dari jam 7.30 pagi.

Presiden CP, Kuan Chee Heng berkata, sebanyak 400 nasi lemak, kuih-muih dan aiskrim turut diberikan kepada pengunjung yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Pasar 10 sen khusus untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan diperlukan mereka termasuk pakaian, kasut dan barangan elektrik.

“Kita juga mengalu-alukan sekiranya ada individu ingin menyumbang barangan milik mereka yang masih elok dan boleh digunakan untuk program itu,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: