#VIDEO ~ MP Kesat Air Mata Terharu Ketika RUU 355 Dibentang

PEMBENTANGAN usul persendirian pindaan RUU 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini merupakan saat yang begitu bermakna.

Menerusi rakaman siaran langsung TV di Parlimen, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Nasruddin yang duduk di belakang Abdul Hadi itu dilihat membuka kaca matanya untuk mengelap air mata beberapa kali.

Menurutnya, beliau tidak dapat menahan emosi dan melahirkan rasa syukur sebaik sahaja usul yang diperjuangkan itu berjaya dibentangkan oleh Abdul Hadi walaupun diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen bukan Islam.



Tambahnya, beliau yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata, PAS membentangkan usul pindaan itu bukan untuk mencari undi politik, sebaliknya mengangkat syariat Islam.

“Saya mengharapkan mereka dapat menilai dengan hati terbuka dan mereka lihat bagaimana keadilan Islam,” kata Hassan.

Usul yang dibawa oleh Abdul Hadi adalah bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimun sebanyak RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.

Hukuman syariah buat masa sekarang adalah hanya dikenakan penjara sehingga tiga tahun, denda paling tinggi pun setakat RM5,000 dan sebatan sebanyak enam kali sahaja.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah cuba membawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: