#IBADAH ~ Paul Pogba Sambut Ramadhan Di Makkah

PEMAIN bola sepak termahal dunia Paul Labile Pogba menyambut kedatangan Ramadhan dengan menunaikan umrah di kota suci Makkah.

Berkongsi momen indah tersebut bersama 15.3 juta orang peminatnya di Instagram, pemain tengah Manchester United itu meletakkan kapsyen ringkas namun mendalam berbunyi: “Yang tercantik pernah saya lihat seumur hidup.”

Selain itu, Pogba juga mengambil kesempatan untuk megucapkan “Salam Ramadhan” kepada semua pengikutnya.

Gambar tersebut telah menerima lebih 1.6 juta likes setakat ini!

https://www.instagram.com/p/BUop2sYBwYC/

Pogba, 24, menjadi pemain bola sepak termahal dalam sejarah sukan tersebut apabila Manchester United membayar Juventus £89 juta (RM487 juta) untuk menyerapkannya masuk ke dalam pasukan tersebut.

Rabu lalu, beliau menjulang piala Liga Eropah selepas Manchester United menewaskan Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.

Setelah tamat musim perlawanan, Pogba telah berkongsi rakaman video beliau membawa beg pakaian sambil berkata beliau “dalam perjalanan” untuk menunaikan ibadah.

Pogba dilaporkan pernah berkunjung ke Makkah sekurang-kurangnya sekali semasa beliau menunaikan haji sebelum ini.

Mungkin kita semua boleh jadikan Pogba sebagai suri teladan; meskipun seorang insan yang hebat dan kaya-raya, beliau tidak sesekali melupakan Tuhannya. – MYNEWSHUB.CC



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: