#INOVASI ~ Jom Kenali Teknologi Hebat Masa Hadapan

RAMAI teruja untuk mengetahui: Apakah perkara, idea atau inovasi yang bakal membentuk dan mempengaruhi gaya hidup baru di masa hadapan?

Lantaran itu, mereka mula berminat untuk mengetahui dan berbicara mengenai Mencipta Masa Hadapan (Reshaping the Future). Antara kata kunci yang menjadi tarikan dan rujukan utama ialah kereta hybrid, rumah solar, perniagaan online, transaksi tanpa wang tunai dan pesawat letrik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Idea ini bukan lagi angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya, inovasi ini sudah wujud.

Antara individu yang mula mendapat tumpuan dunia ketika ini ialah Elon Mask. Menurut The CEO Magazine terbitan Februari 2017, Elon Mask berjaya melaksanakan pra jualan sebanyak 325,000 unit kereta elektrik Model 3 Tesla yang bernilai US$14 billion dalam tempoh 7 hari sahaja.


Ini berlaku pada bulan April 2016. Kereta ini pula berupaya melakukan perjalanan sejauh 300 kilometer berdasarkan kuasa letrik yang ada tanpa charge. Elon Mask juga turut aktif melalui SolarCity yang melaksanakan projek bumbung rumah berkuasa solar.


Perghh! hebat dan amat menakjubkan. Pastinya gaya hidup masa hadapan bakal berubah. Tiada lagi rungutan harga petrol naik. Tiada lagi rungutan mengenai beban bil letrik.

Berdasarkan petikan artikel Bloomberg, 6 Februari 2017, beberapa syarikat turut mencuba mencipta pesawat terbang. Antaranya Larry Page, yang merupakan antara pengasas Google melalui sumbangan dana rahsianya untuk dua buah syarikat iaitu Zee Aero dan Kitty Hawk. Manakala Uber Technologies Inc. juga turut dikaitkan dengan pelancaran projek pesawat letrik yang dikenali sebagai Vertical Take-Off and Landing (VTOL), iaitu pesawat terbang tanpa landasan yang turut dikenali sebagai Uber Elevate.


Menurut kenyataan Nikhil Goel dari Uber Technologies Inc., ciptaan pesawat elektrik ini, perintis ke arah penciptaan kereta terbang.

Pastinya ciptaan seumpama ini bakal mengubah lanskap kehidupan kita di masa hadapan. Tidak mustahil, 10 tahun akan datang ini, akan ada usahawan di Malaysia yang ke pejabat menaiki pesawat letrik. Ketika itu, pemandu kereta konvensional akan mendongak ke atas kerana kagum. Lalu, dikenakan saman!

Namun, hakikat lain pula, jalanraya berkemungkinan lenggang. Kuala Lumpur contohnya, sudah dilengkapi dengan aliran MRT yang serba canggih dan efisien.

Persoalannya di sini: Apakah kita mampu melahirkan lebih ramai insan seperti Elon Musk, Larry Page dan Nikhil Goel? Adakah anak muda hari ini berminat untuk mencipta pelbagai produk dan inovasi yang setanding dan hebat di persada dunia?




Lebih hebat lagi sekiranya produk dan inovasi ini mampu mengubah gaya hidup dan melonjakkan ekonomi negara di masa hadapan.

Ayuh anak muda! Kita ubah pemikiran. Cintai inovasi dan jadikan negara kita berkuasa teknologi. Jom! Kita sama-sama gahkan Malaysia.
#laskarmalaya

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: