#PENDAPAT ~ Tidak wajar kenakan cukai GST kepada rakyat - Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya, semalam.

Harussani berkata, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan GST, ia sewajarnya hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: