#PROTON ~ Era Lenjan Wang Rakyat Berakhir! Geely Beli Ekuiti 49.9%

KEPUTUSAN sudah dicapai, DRB Hicom bakal menjual 49.9 peratus ekuitinya kepada Geely.

Perkara ini bakal mengakhiri kemelut Proton dalam mencari rakan kongsi yang bermula tahun lalu.

Pada April 2016, kerajaan telah memperuntukkan dana suntikan RM 1.5 bilion kepada DRB Hicom dengan syarat mencari rakan kongsi asing dan menjalankan pelan pemulihan.

Apakah kelebihan Geely?

Geely ialah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China yang berpusat di Taizhou, Zhejiang.

Syarikat itu membuat kejutan pada 2009 dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion.

Menurut laporan Carlist.my, Volvo di bawah Geely menjadi syarikat terbesar yang menggaji jurutera sejak kebelakangan ini, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90 baru.

Kereta Geely dikatakan menjadi jenama terlaris di China beberapa tahun kebelakangan ini, selepas menjadi pemilik kenderaan Sweden itu.

Pada 2016, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah 1 juta unit.

Apa pula kesan andai Proton memberi keyakinan penuh kepada Geely?

Dalam keadaan Proton bergelut dengan isu kualiti pasukan pengurusan, lembakan pekerja, kualiti kenderaan dan kekurangan pendapatan, Geely mampu memberi nafas baru kepada Proton.

Geely mampu menyuntik modal, mengukuhkah pasukan pengurusan, menguatkuasakan pembaharuan dan membawa perubahan kepada proses pembuatan.

Paling penting, mengubah minda dan sikap Proton agar bersedia untuk mengambil lebih banyak risiko. Serta tidak mengemis bantuan kerajaan.

Proton juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan keupayaan dan pemindahan teknologi teknikal yang boleh membantu ia kekal relevan serta meningkatkan keupayaan bersaing di pasaran tempatan dan serantau.

Menilai kepada kemampuan Geely, pengalaman gergasi automobil ini mampu mengatasi kelemahan yang ada pada Proton yang asyik mengharapkan perlindungan kerajaan terhadap statusnya sebagai kereta nasional.

Realiti pasukan pengurusan yang lemah, kelembapan proton dalam menguasai pasaran domestik serta langsung tidak berdaya saing di pasaran serantau, adalah realiti yang mesti diakui.

Geely bukanlah musuh buat Proton, namun rakan kongsi yang mampu mengubah nasib proton setelah gagal berdikari.

Kelemahan utama proton ialah ia dibina dengan asas dilindungi, dimanjakan dan diselamatkan dengan wang rakyat.

Proton pada era Tun M, hebat kerana wang rakyat digunakan untuk melindunginya. Proton tidak pernah berkembang sebagai entiti korporat tulen tetapi sebagai hanyalah budak manja yang dilindungi kerajaan.

Kini Proton harus sedar. Wang rakyat dan polisi negara tidak lagi akan dihabiskan untuk sebuah jenama kereta. Dunia sudah bergerak ke depan. Proton harus dewasa. Era anak manja sudah berakhir.

#laskarmalaya



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: