#VIRAL ~ ADIK HUDA & HADIAH HARI GURU DUIT TABUNG RM0.70 SEN

Kisah keikhlasan Adik Huda Batrisya memberi hadiah kepada gurunya sempena hari guru telah menjadi viral dan pujian para netizen.

Bukan nilai hadiah yang diperlukan tetapi keihklasan yang sebenar lahir dari adik Huda.

Admin Blog Sensasi juga terpanggil untuk buat satu posting berkaitan perkara ini.

Berikut adalah petikan update terkini di FB Ustazah Jamaliah Amirul untuk tatapan pengunjung setia Blog Sensasi


ADIK HUDA & HADIAH HARI GURU DUIT TABUNG
RM0.70 SEN
Assalamualaikum selamat petang semua yang menanti wajah adik huda...yang pm saya supaya sy selfie dengan adik huda. Hari ni saya kotakan janji saya pada anda semua. Kenalkan ini lah adik HUDA BATRISYIA BT SYAHFUL NIZAM.Kisah hari ni saya ingin sampaikan.
18/05/2017 hari Khamis.
Setibanya saya disekolah saya tercari2 huda. Dalam perhimpunan baru nampak huda duduk bersama rakan-rakannya. Nampak wajah yg sugul. Selepas perhimpunan sesi solat zuhur berjamaah. Selai solat saya bisik pada huda.
'' Huda nanti waktu rehat datang jumpa ustazah di kantin'' . Huda anggukkn kepalanya.
Lepas solat terus rehat. Saya tertunggu-tunggu huda. Dia tk dtg jumpa sy mgkin dia malu.sayanta kawannya paggilkan dia. Dia datang pada sy dengan wajah yg tunduk.

'' Huda dah makan? '' tanya saya.
Dah makan ustazah pagi tadi.
'' Awak makan apa pagi tadi?''
Makan roti dengan air.
'' Kenyang ke?''
Huda hanya anggukkan kepala.
Saya ajak huda ke kantin. '' Ustazah nak belanja awak pilih la nak nasi lauk apa? Mulanya dia segan dan malu2. Saya cakap tak pe pilih la nak ayam masak apa...
Perlahan huda tunjukkan ayam masak merah. Hida nak berapa? Dia tunjukkan satu jari. Nak lauk lain lagi tk? Hudah gelengkan kepala.
Cukuplah ustazah. Saya belikan air sekali. Seronok tengok dia makan.
Bila masuk ke kelas selesai salam dan doa. Saya panggil Huda dan tunjukkan duit syiling dan kertas yg dia tulis ada dalam frame. Pada mulanya dia tersenyum malu. Bila huda di depan saya...saya ceritakan kisah huda dlm kelas saya. Tak sangka ada murid lelaki yg bergenang air mata. Murid perempuan ada yg menitis air mata.
Bila saya pandang huda merah matanya...saya peluk dan beritahu yg saya amat terharu dan hargai pemberiannya. Lagi lah dia menangis dan pandangannya hanya pada frame itu. Saya bagi tahu huda. '' Ustazah sangat terharu dan terfikir. Ustazah baru awal tahun 2017 mengajar huda. Ada ramai lagi guru2 pagi dan guru2 petang yang lain untuk kamu berikan hadiah tapi kamu pilih ustazah. Ustazah menangis fikirkan kamu beri ustazah duit syiling dari tabung kamu sendiri''.
Huda hanya diam membisu.'' Boleh tak ustazah nak ambil gambar dengan huda. Ramai yang nak tengok wajah huda. Dia senyum tanda setuju''. Yea Alhamdulillah dapat pujuk Huda yang sangat pemalu ambil gambar.
Selepas huda duduk di tempatnya datang seorang murid yang bernama Irdina asyirah datang kepada saya. '' ustazah...boleh tak saya nak bg Huda rm5. Saya tanya..'' Kenapa awak nak bagi pada Huda?.
'' Saya sedih dengar ustazah cerita pasal Huda. Hudakan susah. Saya nak bg huda duit saya.'' Allah bersyukur saya di kelilingi anak2 syurga yang sangat pemurah. Walaupun kelas saya adalah kelas yang hujung. Untuk mudah faham kelas yang anak2nya kurang minat dengan belajar. Murid yg nakal. Dalam hati YA ALLAH KAU BERIKANKU HIKMAH DENGAN BERADA BERSAMA MURID2 INI.
Selepas kisah huda menjadi viral saya call ibu huda dan ceritakan yang huda ada beri hadiah hari guru kepada saya menggunakan duit tabungnya sebanyak 70sen. Ibunya terus menangis...kata ibunya, Huda memang ada minta pada saya kalau ada barang-barang yg saya yang dah tak nak lagi. Ayat huda menyentuh hati saya deep...sangat.
Ibu...ibu ada tak barang yang ibu tak nak guna dah..huda nak bg hadiah pada ustazah. Ibunya diamkan diri dengan hati yg sedih.
Ibu huda mohon maaf pada saya sebab tak berkan Huda bawa hadiah. Saya cakap eh puan kami guru bukan hadiah yg kami minta. Cukuplah ada anak2 murid yg bagus dan hargai kami macam anak puan buat ni. Ibunya terus menangis kerana tak dpt tunaikan permintaan anaknya.
Ibunya kata...saya hanya mampu sediakan duit belanja harian anak2 ke sekolah. Untuk benda2 sampingan saya tak ada duit ustazah. Allahhu...sebak sy dengar.
Ibunya sambung lagi. '' saya susah hati fikirkan puasa dah dekat. Fikir persiapan raya anak2 macam mana saya nak sediakan. Suami saya sebelum ni bekerja sendiri ambil upah pasang lampu dan kipas. Pasang aircond. Tapi tahun ni tak ada kerja lagi katanya.
Gaji ibu huda sebulan rm800 lebih tolak EPF dan cuti. Ada anak 6 orang 5 bersekolah. Umur anak
1) 14 tahun (L)
2) 11 tahun (L)
3) 10 tahun (huda)
4) 8 tahun (L)
5) 5 tahun (L)
6) 2 tahun (L)
Ini lah serba sedikit info keluarga Huda yang saya tahu. Sebab ada yg pm tanyakan saya detail tentang keluarga huda. Huda tinggal di TAMAN PANCHOR JAYA SEREMBAN.
Saya tak ada berniat sesuatu apa pun. Di sini sekadar perkongsian kisah saya di hari guru pada tahun 2017 ini. Terima kasih pada yg berhajat menghulukan bantuan. Mak huda minta saya sampaikan kepada anda. Dia doakan moga allah panjangkan umur anda dan murahkan rezeki anda. Hanya Allah jualah yang membalas budi anda semua. Mungkin saya hanyalah orang perantara yang di aturkan oleh allah untuk rezeki huda dan keluarganya.
Jika ada dikawasan seremban yg boleh tawarkan ayah huda pekerjaan pun mungkin dapat membantu ekonomi keluarganya. Insyaallah.

Hadiah hari guru yang diberikan oleh adik Huda kepada Ustazah Jamaliah  Amirul yang telah diframekan

Adik Huda bergambar bersama Ustazah Jamaliah Amirul

Sumber Asal Dari FB Jamaliah Amirul


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: