#VIRUS SIBER ~ Syarikat di Jepun alami serangan ransomware global

Serangan ransomware

TOKYO – JEPUN. Serangan siber ransomware global yang melanda beberapa negara di dunia pada minggu lepas turut melanda Jepun serta menjejaskan sistem komputer sebahagian syarikat dan majlis perbandaran di negara itu, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Sistem komputer syarikat elektronik gergasi Hitachi Ltd berjaya dipulihkan apabila beberapa mesej e-mel dan lampiran dapat disekat oleh pegawai syarikat berkenaan.

Komputer di pejabat cawangan timur Jepun Railway Co (JR East) diserang virus itu pada Jumaat iaitu virus sama dikaitkan dengan serangan siber global.

Menurut laporan media luar negara, terdapat 200,000 kes serangan ransomware global di 150 buah negara.

Nissan Motor Co di Sunderland, Britain terpaksa menghentikan pengeluaran pada malam Jumaat kerana akibat serangan siber berkenaan.

Syarikat pembuat perisian antivirus utama Jepun Trend Micro Inc mendapati terdapat sembilan serangan ransomware dan menerima 175 pertanyaan dari Jumaat hingga 4 petang Isnin.

Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata sebanyak tujuh kes kerosakan domestik diterima sehingga 5 petang hari sama. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: