#CELCOM BUSINES ~ Pelan Terbaik Untuk Perniagaan Anda

PELAN Celcom Business muncul menyediakan tawaran hebat dalam pasaran terkini. Dengan tiga pelan yang fleksibel, ia meliputi semua aspek dan merupakan pelan pertama seumpamanya di Malaysia.

Sama ada perniagaan kecil, sederhana atau besar, pelan Celcom Business adalah pilihan paling sesuai.

Apa yang menarik tentang pelan Celcom Business ini?

Celcom Business S direka untuk menepati keperluan perniagaan skala kecil. Ia menawarkan 100GB data internet, SMS serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan 5 talian hanya pada RM490.

Celcom Business M pula mensasarkan perniagaan skala sederhana dengan penawaran 550GB data internet, SMS serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan 25 talian dengan harga RM2,300.

Sementara Celcom Business L pula memenuhi kehendak perniagaan skala besar dengan penawaran 1,100GB data internet, SMS serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan 50 talian pada harga RM4,500.


Kesemua pelan yang ditawarkan Celcom mampu seiring dengan pengembangan perniagaan anda. Ini bermaksud, anda sebagai pemilik perniagaan boleh menambah talian hanya pada RM70 dengan tambahan data internet 5GB berserta SMS serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan setiap satu talian.

Anda juga boleh menambah data internet 20GB dengan RM200 atau 50GB dengan RM500 sekiranya penggunaan data anda meningkat.

Sebagai pemilik pelan, kuasa mengawal adalah diri sendiri. Anda boleh mengurus jika penggunaan data berlebihan, mengurus jumlah pengguna, mengawal selia penggunaan internet pekerja anda atau semak bil anda dengan mudah melalui Celcom Business Portal apabila melanggan mana-mana pelan ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Celcom Business Careline di 019 601 1881, atau layari laman web Celcom Business untuk mendapatkan promosi ini.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: