#ISU PANAS ~ Kristiankan Pulau Pinang, Bukti Melayu Talibarut Agenda Evangelis – Presiden GPMS

Kuala Lumpur: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membantah dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Senator Dr Ariffin Omar bahawa tiada salahnya jika Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.

Badan pelajar berpengaruh itu menegaskan bahawa kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan dan Artikel 11(4) yang menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: #APA PUNYA STEMEN NI ~ Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

Menerusi kenyataan yang dibuat di laman facebook milik Presiden GPMS, saudara Zambri Mohd Isa, badan itu juga sangat kecewa dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Senator Dr Ariffin Omar dan menanggap beliau sebagai “agen DAP di kalangan Melayu Islam dalam mempromosi agenda Evangelisme Kristian di Malaysia.”

Kata Presiden GPMS itu lagi, “Malah menerusi kenyatan beliau ini, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa parti DAP adalah bukan sekadar parti politik semata-mata malah, DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Kristian Evangelis ke dalam negara ini.”

GPMS juga mendesak pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi untuk menghalang dakyah Kristian Evangelis dikalangan rakyat khususnya orang Islam kerana ianya boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara.

“Sekiranya pihak kerajaan mampu membendung ajaran sesat di kalangan orang Islam, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Evangelisme Kristian.

Kita khuatir nanti apabila kerajaan berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlaku berleluasa, ianya akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang.”

Sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: