#OP TOKEN ~ RM177 juta dibekukan dalam serbuan ke atas skim Mface Club

Mohd Roslan Menunjukkan barangan yang dirampas dalam Op Token.

SEBANYAK 91 akaun membabitkan jumlah RM177 juta dibekukan dalam serbuan Op Token ke atas skim Mfc Club atau Mface Club di Lembah Klang dan Pulau Pinang, kelmarin.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, serbuan dibuat membabitkan enam premis iaitu tiga di kediaman, dua di pejabat manakala satu di pusat beli-belah.

Menurutnya, serbuan dilaksanakan mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 selain akta dikuatkuasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Dalam serbuan ini, pelbagai dokumen, maklumat transaksi kewangan, peralatan komputer dan beberapa barangan mewah dan berjenama turut dirampas untuk siasatan termasuk dua jongkong emas, beg tangan, jam tangan dan barang kemas jed.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat jongkong emas, beg tangan serta jam tangan berkenaan sama ada ia tulen atau tiruan," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, setakat ini tangkapan belum dibuat dan siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat serta bukti yang ada.

Operasi dijalankan itu turut membabitkan empat agensi lain termasuk BNM, SSM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cybersecurity Malaysia.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: