#TOP 30 ~ Nama Mulia Sebagai Yang Pertama Dalam Islam

Berikut susunan fakta seorang hamba Allah yang inginkan pengetahuan mengenai pelopor bagi pelbagai perkara dalam Islam disebarkan:

1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Kiamat: Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama akan Allah panggil pada hari qiamat: Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan Sa’i antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Kiamat: Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan kalender Hijrah: Umar bin Al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletakkan Jawatan khalifah dalam Islam: Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah RA.

12. Muslima pertama syahid: Haris bin Abi Halah.

13. Muslimah pertama syahid: Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang pertama menulis Hadis di dalam kitab: Abdullah bin Amru bin Al-Ash.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang pertama menjadi Muazzin: Bilal bin Rabah.

17. Orang yang pertama bersolat dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Thalib.

18. Orang yang pertama membuat mimbar Masjid Nabi SAW: Tamim Ad-Dary.

19. Orang yang pertamamenghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah: Zubair bin Al-Awwam.

20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW: Ibban bin Othman bin Affan.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh : Imam Syafie RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum: Harun Ar-Rasyid.

26. Orang yang pertama mengadakan Baitulmal: Umar bin Khattab.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an setelah Rasulullah SAW: Ali bin Abi Thalib.

28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Makkah: Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.

29. Orang yang pertama digelar Al-Mukri: Mus’ab bin Umair.

30. Orang yang pertama masuk ke syurga: Nabi Muhammad SAW.

Justeru inilah antara senarai pertama yang penting dalam Islam.



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: