#1MDB ~ ‘Dedahlah laporan audit kalau benar tiada salah laku’ - Timb Presiden PAS

SHAH ALAM - Pas mencabar Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) untuk mendesak kerajaan mendedahkan laporan audit 1MDB, sekiranya yakin tiada salah laku.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika Mohd Puad begitu yakin tiada salah laku dalam 1MDB, kerajaan perlu dedahkan laporan audit mengenainya agar rakyat dapat menilai.

“Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB?

“Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?

"Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah berjaya menemu ramah Law Taek Jo atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Apakah PAC dapat menemu ramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?

“Mengapa sehingga kini Kerajaan Malaysia dan perdana menteri sendiri tidak memfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun The Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?

“Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak berhasrat untuk menuduh sesiapa terlibat kerana katanya, pihak terbabit tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: