#CERITANYA ~ Sufiah Yusof ,Si Genius Matematik Kini Lebih Feminis Dan Matang

Sufiah Yusof. - Foto sumber Nona

SIAPA sahaja tidak mengenali atau mengetahui kisah Sufiah Yusof yang pernah menarik perhatian dunia sebagai 'si genius matematik'.

Gelaran tersebut lahir selepas beliau mengikuti ijazah Sarjana Matematik di Univesiti Oxford pada usia yang muda iaitu 13 tahun.

Dipetik laporan Nona, Sufiah yang berdarah kacukan Pakistan dan Melayu Johor itu pernah memberontak, lalu melarikan diri dari universiti sekitar tahun 2000.

Hidup Sufiah kemudian dilanda isu-isu dahsyat sehinggakan pengalamannya sebagai pekerja seks dijadikan tajuk di dada akhbar.

Isu tersebut timbul selepas beliau bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall yang juga seorang penuntut di University Oxford.


Tidak cukup dengan itu, hubungan Sufiah dengan keluarganya pula bergolak.

Sufiah kemudian diburu media dan pernah menerima ugutan semata-mata untuk menemuramah dirinya.

Beliau juga pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan yang menyamar sebagai 'pelanggan'.

Akhirnya, Sufiah meninggalkan profesion kotor tersebut.

Kini, Sufiah yang berusia 33 tahun mendakwa semakin matang dan memperjuangkan feminisme.

Beliau juga semakin lantang bersuara dan terbuka untuk berkongsi buah fikirannya.

"Wartawan sangat obses mahu 'mencipta' personaliti saya mengikut fantasi mereka. Mereka nampak terdesak mahu mendapatkan cerita dari sudut-sudut yang berbeza. Saya digambarkan dalam media sebagai seorang bintang akademik demi menaikkan rating rancangan masing-masing.


"Saya juga dijadikan 'public image' tanpa rela. Semua maklumat peribadi saya dimanipulasi dengan hebat; bermula dari kehidupan seks, latar belakang ibu bapa dan sejarah perkahwinan lampau," kata Sufiah.

Media tidak suka melaporkan kisah wanita yang gembira atau sedih dengan kehidupannya.

"Kerana tiada siapa yang mahu membaca. Jadi sebab itulah drama demi drama terpaksa dicipta dan disensasikan.

"Mereka obses mahu saya berkata sesuatu." katanya dipetik laporan Nona.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: