#KOLEKSI RESIPI ~ Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah Mudah

-Ayam seekor - basuh bersih - kunyitkan - goreng

*Cili kering - gunting - rebus
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
* - blender

-Bawang holland - hiris tebal-tebal
-Sos cili
-Garam Gula secukup rasa

Tips - Hilangkan biji cili kering semasa blender. Eh korang tengok tak kdg-kdg org masak sambal, biji cili tu melambak-lambak, biji cili tu tak bagus tau, kalau banyak sgt telan, boleh dpt appendix. Mak aku ajar, dari aku kecik lg, kalau nak blender cili, campur sikit minyak masak. Nanti bila blender, biji akan hancur skali, so cili boh korang akan cantik je. #sayNOtobijicili

Tips - Jangan blender skali bawang dengan cili kering, blend asing asing. #janganmalas

1. Goreng ayam, jangan garing sangat, nanti keras.

2. Panaskan minyak dalam kuali, jangan sikit sangat, biar lebih, baru senang nak tumis.

3. Tumis dulu bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau.

4. Masukkan cili boh, kalau nak pedas, buh banyak, kalau kurang pedas, kurangkan cili. Tumis sampai naik minyak. ( naik minyak - minyak terapung kat atas. Tu sebab minyak banyak masa menumis tu best! Haha )

5. Masukkan sos cili, agak agak lah. Jgn banyak sgt.

6. Masukkan ayam yang dh digoreng td.

7. Perasakan dengan garam dan gula.

8. Tabur bawang holland

SIAP!!!

Senang gila kan!!! Then masak nasi tomato, buat jelatah, sediakan salad. Siap lah. That y aku cakap menu ni paling murah nak masak untuk open house. Tak yah nak berkuah-kuah, renyah.

Kawan aku yang datang, sume puji ayam masak merah aku. Wowowo. Happy gila. Sume balik dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah. Happy gila. Thanks untuk sahabat yang sudi datang rumah.

OK next nak ajar buat nasi tomato pulak. Ni pun senang juga! Aku tak bagi sukatan yang betul-betul tau, korang agak-agak lah,

1. Sukat nasi seperti biasa, cuma lebihkan sedikit air, SIKIT SAJA.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang ( tumis dalam rice cooker terus, senang )

3. Masukkan nasi tadi yang dah disukatkan air dan buh daun pandan.

4. Halia dan serai sikit tumbuk. ( buat rasa-rasa )

6. Tambah garam sedikit.

7. Bila nasi agak-agak nak kering ( ada air sikit-sikit lagi ), masukkan tomato sos. Sos tomato agak-agak banyak mana, aku tak suka nasi tu rasa tomato sangat. Suka lite-lite je.

8. Jangan selalu kacau nasi tu, nanti dia patah-patah, tak cantik.

Jelatah.
Jelatah adalah salah 1 lauk sampingan untuk nasi tomato ni, lauk untuk nasi tomato ni senang gila, xde kuah-kuah, ada jelatah and salad, cukup dah.

Cara buat jelatah pun senang je,

Nenas
Timun
Sengkuang
Sos cili
Bawang hiris
Cili padi
gula garam.

Kupas dan potong semua bahan mengikut citarasa korang! Then, mix kan saja semua bahan. SIAP lahhhh hoiii!!! senang hamat hoiiii! adesss! aku nanti kalau buat open house rumah aku, aku masak menu ni je kat korg, hahaha. Nanti jemput lah dtg rumah aku ye. luls.
Sumber Asal: Safura Online Dairy



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: