#MILIK SIAPA? ~ ADAKAH anda tercicir wang tunai AUS$1.6 juta (RM5.27 juta)?

“ADAKAH anda tercicir wang tunai AUS$1.6 juta (RM5.27 juta)?”

Begitulah soalan yang dikemukakan Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Polis Australia menggunakan akaun rasminya itu untuk memuat naik gambar bagasi berisi wang tunai itu dalam usaha mencari pemiliknya.

Katanya, wang tunai itu ditemui dalam bagasi di premis di Wetherhill Park, New South Wales ketika anggotanya menjalankan siasatan penyeludupan dadah di premis itu.

“Kami sudah memulakan proses mahkamah untuk menyenaraikannya sebagai wang tunai yang tidak dituntut tetapi jika anda berpendapat wang tunai itu milik anda, kami teringin sangat bercakap dengan anda.

“Sekaligus, kami pasti akan bertanya di mana anda mendapat beg yang penuh dengan wang tunai ini. Kami curiga ia bukannya bayaran gaji anda,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut AFP, jika wang tunai itu tidak dituntut sesiapa, ia akan dikembalikan kepada Kerajaan di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Keselamatan Kewangan Australia.

Dengan kelulusan Menteri, wang itu akan dilaburkan semula ke dalam komuniti termasuk untuk pencegahan jenayah dan rawatan dadah di negara itu. – myMetro Online



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: