#APA KES? ~ Tak sanggup dimadu, suami parah ditetak isteri

Seorang lelaki berusia 55 tahun parah ditetak menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya dipercayai gara-gara menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi.

Susulan serangan itu, lelaki berkenaan menerima 15 jahitan selepas ditetak dalam kejadian di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Manek Urai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.

Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis dan berbaik semula dengan isterinya. [Awani]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: