#ISU SENSASI ~ AS mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB

Laporan : Bloomberg |
DoJ memohon menggantung permohonan rampasan harta supaya tidak menjejaskan siasatan jenayah terhadap wang dilarikan daripada 1MDB.

ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.

Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain.

Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.

Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.

Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka..[FMT]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: