#KOLEKSI RESEPI `~ Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Nasi Kerabu Kelantan


Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:

-10 cili kering
-3 ulas bwg merah
-1 biji bwg besar
-1/2 labu bwg putih
-1/2 inci halia
-200 gm santan pekat
-3 batang serai - ketuk
-2 keping asam keping
-1 1/2 sb gula
-2 sk garam bukit halus
-2 sb budu
-Minyak masak - agak banyak

Cara cara:

-Kisar cili, bawang bawang dan halia.
-Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
-Masukkan 1 1/2 cawan air.
-Masukkan santan.
-Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
-Masukkan serai, asam.
-Bila mendidihkan masukkan budu dan gula.
- Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin.
-Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.


Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan

Bahan bahan:

-1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
-7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
-5 ulas bawang merah
-5 batang serai
-2 1/2 sb gula
-2 1/2 sk garam


Cara cara:

-Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
-Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
-Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili

Bahan-bahan:

-1/2 kg cili - basuh
-Garam
-Gula
-Belacan
-Asam jawa
-Limau nipis/cuka
-Kisar kesemuanya.
-Ulam ulaman
-Kubis
-Timun
-Kacang panjang
-Daun kesum
-Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi

Bahan-bahan:

-5 1/2 pot beras
-Air secukupnya
-Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
-2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan lain:

Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Dah siap semua sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: