#AKHIRNYA ~ The Poison Lady @ Black Widow dihukum mati

TOKYO - JEPUN. Bekas jutawan yang digelar sebagai Black Widow kerana memperdaya kekasihnya meminum racun sianida untuk mewarisi kekayaan mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Daerah Kyoto, semalam.

Chisako Kakehi, 70, didakwa bersalah melakukan pembunuhan ke atas tiga lelaki termasuk suaminya dan cubaan membunuh seorang lagi mangsa, sekali gus menamatkan kes berprofil tinggi yang menggemparkan negara itu.

Wanita yang mendapat jolokan The Poison Lady itu dilapor berjaya mengumpulkan 1 bilion yen (RM37.2 juta) sepanjang tempoh 10 tahun, namun kehilangan sebahagian besar kekayaannya kerana perdagangan kewangan tidak berjaya.

Sebelum ini, peguam bela Kakehi mendakwa anak guamnya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas perbuatan jenayah itu kerana dia dikatakan mengalami demensia. - AFP

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan