#KEPUTUSAN UPSR 2017 ~ Semakan Keputusan Secara Online Dan SMS Mulai 23 Nov 2017


Semakan keputusan UPSR.

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mahu mengetahui keputusan peperiksaan UPSR bagi sesi 2017, semakan bolehlah dilakukan melalui online dan juga sms bermula pada 23 November 2017.

Semakan Keputusan UPSR 2017

Calon-calon juga boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Cara semakan keputusan UPSR melalui SMS

Calon UPSR juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.
Taipkan: UPSR < jarak > [Angka Giliran]
Contoh: UPSR AZ1122888
Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan penerimaan sms.

Cara semakan keputusan UPSR melalui ONLINE

Calon-calon UPSR juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui online dilaman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 ini akan mula diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 November 2017.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR untuk tahun 2017 membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semoga berjaya diucapkan.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment