#BIOR BETIKK BEB ~ Azwan Ali ikrar jatuhkan Azmin Ali,hadir PAU 2017


Adik lelaki kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kejutan apabila muncul di Perhimpunan Agung Umno hari ini lengkap dengan berpakaian merah.

Bercakap kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Azwan berkata kemunculannya sebagai hadiah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Artis kontroversi itu juga menyatakan beliau sudah lama mendendami abangnya dan memberi amaran akan menjatuhkannya sebagai menteri besar Selangor.

"Kehadiran saya dibuat atas dasar sebagai hadiah saya untuk Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU14.

"Saya mahu ingatkan azmin jangan ingat saya berpura-pura. Jangan ingat saya dapat dedak. Barua Umno dibayar juta-juta, tidak. Allah yang mengaturkan saya.

"Dah lama saya dendam dengan Azmin tapi dia lupa amanah arwah Haji Ali.

"Kau ingat kau menteri besar kau hebatlah biar aku jatuhkan. Menteri lain tak berani jatuhkan jadi aku jatuhkan," katanya kepada media.[mKini]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment