#KEJAM ~ Bosan Didesak Beli Kereta, Suami Kerat & Bakar Isteri

JAKARTA – Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki di Indonesia ini yang bertindak membunuh isterinya.

Kejadian kejam yang berlaku di sebuah perkampungan di daerah Tegalwaru, Bogor, wilayah Jawa Barat itu menjadi gempar sehingga mencetuskan kegusaran netizen laman sosial.

Lapor portal Tribunnews, Muhammad Kholil ditahan pihak polis pada 13 Disember baru-baru selepas mengerat dan membakar sebelum membuang mayat isterinya, Siti Saidah, 21.

Tindakan kejam itu dipercayai berlaku kerana suspek yang baru berusia 23 tahun itu tidak tahan dengan desakan isterinya yang mahu memiliki kereta.


Pasangan tempatan ini berkahwin pada tahun 2015 setelah saling mengenali antara satu sama lain menerusi laman sosial Facebook.

Mengikut apa yang diceritakan oleh Kholil, rumah tangga mereka pada mulanya bahagia dan dikurniakan seorang anak.

Namun, sejak dia tidak mampu lagi memberikan kehidupan senang seperti diimpikan oleh isterinya, rumah tangga mereka mula goyah.


Pergaduhan antara mereka kerap berlaku dan dia sering diejek oleh Nindya dengan kata-kata yang menyakitkan seperti dia seorang suami tidak bertanggungjawab dan turut mengatakan harta lebih penting daripada kesetiaan.

Desakan dan provokasi daripada isterinya yang meminta membeli sesuatu di luar batas kemampuan termasuk kereta baru, membuatkan Kholil mengambil langkah mudah dengan ‘mendiamkannya’.

Dalam pertengkaran yang berlaku pada 4 Disember lalu, Kholil tanpa berfikir panjang memukul bahagian leher isterinya sebanyak dua kali.

Pukulan itu bagaimanapun menyebabkan isterinya meninggal dunia, lantas Kholil merasa panik sehingga dia mengambil keputusan untuk memotong kepala dan kaki pasangannya itu.


Dia berbuat demikian agar mayat mangsa mudah dimasukkan ke dalam kotak dan senang dibawa keluar tanpa pengetahuan orang sekeliling.

Bagaimanapun Kholil mengaku berasa takut sewaktu melakukannya serta tergambar wajah anaknya yang masih kecil. Rahsia itu disimpan namun dia sering kali dihantui rasa bersalah dan takut.

Difahamkan, kepala dan kaki mangsa kemudian dibuang di satu lokasi sementara badan dibakar di kawasan berasingan di Ciranggon bagi menghilangkan bukti tentang kematian.

Kekesalan yang tidak tertanggung terpapar pada wajah Kholil sehingga dia menangis teresak-esak ketika menceritakan kronologi kematian isterinya sepanjang sidang media berlangsung.


Menurut ketua polis Kerawang, Kholil boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, pasangan berkenaan difahamkan begitu bahagia dan sering memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah Kholil yang membunuh disebabkan desakan atau isterinya yang tertalu mendesak mahukan sesuatu di luar kemampuan suaminya?

Pengajaran yang boleh diambil, hidup sebagai suami isteri perlu saling faham-memahami dan bertolak ansur. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan