#RCI Forex ~ Tun M Saman PM Dan Kerajaan


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing pada tahun 1990-an kerana ia dikatakan tidak lengkap.

Beliau menamakan semua enam anggota RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan kerajaan sebagai defendan.

Saman itu difailkan oleh firma undang-undang Haniff Khatri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahathir memohon pengisytiharan bahawa laporan RCI tidak sah mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima kerana ia tidak termasuk semua kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir termasuk permintaan bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip atau rakaman video dan hujah yang dibuat oleh peguam.

Beliau juga memohon kos saman ditanggung oleh defendan.

Mahathir dalam surat tuntutannya pada 4 Disember lalu mendakwa bahawa laporan setebal 495 muka surat itu tidak memasukkan transkrip semua saksi, hujahan dan bukti. Beliau juga memberikan RCI tarikh akhir 8 Disember untul memasukkan semua itu dalam laporannya.

Saman pemula itu menyatakan bahawa tujuan permohonan adalah kerana bahawa beliau menganggap laporan RCI tersebut sebagai tidak sah dan tidak lengkap tanpa dokumen-dokumen dilampirkan bersama terhadap laporan akhir bertarikh 13 Oktober tahun ini.

Ini termasuk transkrip saksi yang memberikan keterangan atau rakaman video yang tidak dilampirkan bersama, termasuk semua permohonan yang dibuat oleh pelbagai pihak, dan bukti dalam bentuk dokumentasi juga tidak dimasukkan. – MYNEWSHUB.CC



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment