#PENGUMUMAN ~ Tarikh daftar BR1M dilanjut sehingga 25 Januari

TARIKH akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 (BR1M 2018) dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini. Kepada yang masih belum boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang terdekat," umum Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan melalui Twitter rasmi.
Kementerian Kewangan sebelum ini telah menyatakan bahawa pendaftaran dan kemaskini informasi untuk BR1M 2018 akan dibuka kepada penerima yang layak mulai 27 hingga 31 Disember 2017.

Kementerian itu juga memaklumkan pasangan penerima BR1M tahun lalu yang telah meninggal dunia, atau mereka yang gagal atau tidak layak boleh membuat permohonan baru untuk BR1M 2018.


Sumber:MILO SUAM

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan